Kenapa sesuatu organisasi itu hampeh…

Aku terbaca satu artikel yang menarik. Ayat-ayat dalam artikel ni mungkin menyentap jiwa sikit. Tapi aku pandang secara positif di mana aku perlu alert benda-benda macam ni bila aku dah jadi bos besar nanti.

Smiles...

Smiles…

Kenapa sesuatu organisasi tu hampeh???? .

Dari pandangan mata hati jiwa seorang aku..

1) attitude kureng
aku bukan la perfectionist.. tapi kalo sumer org pk keje tu satu tanggung jawab mesti x de
masalah pny la.. it’s ok kalo berfikiran setakat ‘pegi keje..balik keje..then hujung bln dapat
gaji’.. tapi pls la… wat la keje yg sememangnya keje korang tu!!!

2) bos yg dot..dot..dot..
kalo setakat tau cakap ‘biar la…lantak la…’ hello!!! aku pon leh jd bos kalo cmtu… asik claim
sebok tp stock pnah cukup.. ha…. sape nk jawab tu… then ckp org lain x wat keje.. bagus sangat la tu…. lack of motivation… kronisme?? huh.. Image

3) wat?? tdo masa keje?????????
ello.. kalo nk tdo masa keje pon cover2 la sket… kalo da smpai satu department tau
amender tuh… then it’s not ok oso bcoz u make my work stuck!!! lagipon awk tu berpgkat..

lagi.. awak tu da lama keja.. tunjuk2 la contoh yg bagus sket kt org2 bwh yg muda2 ni.. ok??? lagipon kite ni keje dibayar gaji… bukannya free.. duit tu jugakla nk beli mknn bg ank bini makan… x berkat tau cani… (tq to mr khalid dan.. berkat bebelan cikgu pasal hal berkat2 ni setiap kali perhimpunan aku sgt berhati2 pasal ni..tq!! tq!! tq!!)

4) Kronisme???
u don’t deserve it but u still get it????? god!!! what happen??? terang2 tak wat keje but boss still ok n do nothing bout it.. and again u ruin mine… sigh..

Segala yg tertulis adalah rekaan semata-mata… tiada kaitan antara yg hidup mahupun yg mati.. Jika terdapat persamaan ianya hanyalah kebetulan sahaja..

Posted in General | Tagged | Leave a comment

Nasib tu macam mana??

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Budak kecik : UPSR dulu dapat berapa?

Aku : 4A jek

Budak kecik : pandainya…

Aku : nasib jek tu

Budak kecik : nasib tu macam mana?

Aku : macam ct dengan datuk K

Budak kecik : mawi dengan ina??

Aku : Boleh jugak..

Posted in General | Leave a comment

iPad Mini

Akhirnya, iPad mini dah sampai Malaysia!

Jom terjah Switch sekarang :)

Jom terjah Switch sekarang 🙂

Setelah Samsung “membadai-tsunamikan” pasaran dengan Galaxy Note II yang sangat hot tu, ramai juga orang yang saya kenali pengguna Apple sekian lamanya yang beralih arah. Tiada lagi iPhone di tangan kerana mereka mengatakan features Samsung Galaxy Note II lebih baik. Yaa.. saya juga teringin memiliki Samsung Galaxy Note II. Tapi memandangkan ianya bukan keperluan kerana iPhone 4S ini memberi khidmat terbaik setakat ini.

Berbalik kepada iPad Mini. Ianya tidak boleh dibandingkan langsung dengan Samsung Galaxy Note II kerana ia adalah tablet mini yang tiada fungsi telefon. Namun saiznya yang comel itu membuatkan saya terasa mahu memilikinya kerana saiz iPad terlalu besar! Saiz iPad mini cuma 7.9 inci. So, just nice. Tidak terlalu kecil.

Perbandingan saiz iPad dan iPad Mini

Perbandingan saiz iPad dan iPad Mini

Seperti biasa ada dua warna. Satu Black & Slate dan White & Silver.

Si hitam menawan dan si putih menggoda :)

Si hitam menawan dan si putih menggoda 🙂

Harga? Aku rasa sangat-sangat berpatutan. Tu yang rasa macam nak beli tu. Hehe..

Harga untuk model Wi-fi sahaja

16GB: RM 999

32GB: RM 1299

64GB: RM 1599

Kalau harga untuk model Wi-fi + 3G plak

16GB: RM 1399

32GB: RM 1699

64GB: RM 1599

Setakat aku dok pakai iPad ni memang puas hati la untuk browsing. Puas hati nak baca apa-apa artikel. Kalau lah masa tu iPad Mini ni dah wujud dah tentu aku pilih iPad Mini sebab saiz dia tidak terlalu kecil dan tidak pula terlalu besar. Just nice! So, korang tak rasa nak beli ke?

Posted in Gadgets | Tagged , , | Leave a comment

Hilangkan Sakit Sendi dan Lenguh-lenguh Tanpa Ubat

Menjelang 28 November 2012 yang lalu, usia ayah saya akan menginjak ke 65 tahun. Alhamdulillah. Beliau masih sihat. Namun doktor menjangkakan ayah saya mempunyai masalah artritis. Artritis adalah masalah keradangan sendi di mana ayah saya sentiasa rasa sakit pada sendi-sendi di jarinya. Keadaan ini menyebabkan beliau sering mengambil ubat tahan sakit.

Saya sangat tertarik dengan produk keluaran Shaklee  yang satu ni selepas membaca kandungannya. Ia bukan seperti pain killer biasa yang ada di pasaran. Ye lah. Bila sakit kita cari ubat. Namun kita lupa alam sekeliling memainkan peranan yang banyak untuk perubatan. Namun setelah membuat sedikit carian dan bacaan, ternyata ektrak Boswellia adalah alternatif yang popular di negara Barat untuk sakit sendi!

Kini, ayah saya tidak lagi bergantung kepada ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan Pontan. Syukur Alhamdulillah. Kerana saya dipertemukan dengan produk ini. Ibu saya juga mengamalkan produk ini untuk sakit lututnya. Sakan dia berjalan-jalan dan melancong sana sini dengan adik saya.

Semoga ayah dan mak saya menikmati kehidupan yang lebih sihat di hari-hari tua mereka. Tiada sakit lutut dan tiada sakit sendi memudahkan pergerakan mereka untuk beribadat juga. 🙂

 

Advanced Joint Health Tablet Shaklee

Advanced Joint Health Tablet Shaklee

Posted in SHAKLEE | Tagged , , , , | Leave a comment

Cinta Beralih Arah

berhijrah

Mengharapkan sinar yang lebih terang menjelang 1434H

Penghijrahan adalah sesuatu yang indah walaupun pada awalnya pelbagai kesukaran harus ditempuh.

Bertahun-tahun blogging walaupun aku bukanlah blogger yang tegar akhirnya aku membuat keputusan untuk memilih wordpress. Setelah blog aku di blogspot berusia 3 tahun (sama umur dengan anak sulong aku) akhirnya aku mengimport seluruh post di blogspot ke sini. Maka lahirlah Persona Medina sempena nama anak kedua aku (Khayra Medina). Ya.. Ini adalah kesinambungan blog pertama aku. Blog aku di blogspot mengalami masalah serangan Malware. Syukur alhamdulillah. Walaupun blog tu invisible di search engine tapi aku masih boleh buka dan manage blog tersebut sebagai admin.

Keputusan untuk berpindah ke wordpress kerana orang cakap ianya lebih SEO friendly. Benarkah? Itu cakap-cakap orang. Setelah hampir seminggu menggodek itu ini di wordpress ternyata aku sangat jatuh cinta dengan setting di wordpress. Lagi best dari blogspot! Ya.. akan aku kongsi akan hal itu dengan kalian semua. Disebabkan semua post di blogspot aku import ke sini makanya blogging tips di dalam blog ini lebih menjurus kepada tips untuk blogspot.

Mengadaptasi diri dalam suasana yang baru memang sukar. Namun kita perlu lebih terbuka untuk menerima sebarang perubahan. Keluar dari zon selesa dan cabar diri kita melakukan sesuatu yang baru.

Posted in Motivation | Tagged , , | Leave a comment

Sebuah kisah yang tulus

Sebuah pengkisahan dari seorang isteri. Ia kisah benar.
Aku mampu menghabiskannya tak sampai sehari! Harus kerja lain terbengkalai. Hehe..


“Boleh mak cik tahu apa hubungan awak dengan Roza?
“Maksud mak cik?”
“Yalah, Roza anak mak cik. Hubungan awak bagaimana? Kawan biasa, abang angkat ke, teman lelaki ke atau sepasang kekasih?”
“Yang akhir sekali mak cik.”
“Apa sudahnya nanti hubungan ini?”
“Jika sudi, saya ingin sekali memperisterikannya.”


Petikan dari Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis.

Posted in L.O.V.E, Motivation | Tagged | Leave a comment

Makanan jiwa

Kerana jiwa juga memerlukan makanan. Jangan kenyangkan perut je. Akan saya ulas kemudian. Banyak pengajaran yang saya dapat.


– Posted using BlogPress from my iPad

Posted in General | Leave a comment

Ipad for office work? Boleh replace PC/lappy ke??

Mommy Lyna selalu sangat bercerita tentang Ipad. Well..I have to say that she’s a good promoter! Nape tak nyer. Selepas aku baca entry dia terus google betul ke Ipad sangat best. Giler pandai racun orang.
Dulu masa orang dok sebok bercerita pasal Ipad aku langsung tak amek port. Tapi lepas tengok Ipad 2 kat website Apple it makes me crazy!!!
Kelebihan ipad compare to notebook
1) Ringan. Ringan, Ringan!!
Ok. Aku dah ulang 3 kali tu. Berat Ipad lebih kurang 600g. Kalau notebook aku sekarang lebih kurang 1.3kg. So bout 50% lighter! Ringan=portable!! Bleh masuk handbag ajer. Notebook bleh masuk handbag aku tapi berat beb. Bleh rosak handbag.
2) Laju.
Satu lagi feature yang buat aku berkenan sangat. So far most people yang pakai Ipad mesti highlight kelebihan ni. Penting feature ni untuk multitasking. Sepanjang pengalaman aku menggunakan Iphone hubby, walaupon Iphone tu telah diinstall macam-macam tapi ianya tidak pernah mencacatkan perfomance Iphone tu. Kalau buka banyak applications pon still laju. Kalau notebook?? Nak booting pon makan masa. Lagi plak kalau buka banyak software dalam satu masa. Ipad 2 dikatakan lagi laju compare to Ipad. Sangat best untuk multitasking.
3) Aku sedikit musykil kalau guna Ipad untuk keje manaip. Bleh ke keyboard Ipad replace conventional keyboard? Jawapannya…
 Source: Silicon.com
Untuk keje yang menggunakan microsoft word yang complex mungkin Ipad kurang sesuai. Tapi kat office kan dah ader PC. Nape nak pakai Ipad kan. Tengok gambar tu. Teknologi cover Ipad tu adalah satu lagi benda yang buat aku kagum. Bila kita tutup jek Smart Cover tu Ipad akan off automatically. Bila kita buka jek Smart Cover tu Ipad akan on automatically tanpa perlu kita tekan apa-apa button!!! Mudah kan.. Dan lagi. Smart Cover tu bukan sekadar cover. Aku tak payah explain korang tengok sendri gambar kat bawah ni. Damn cool!!
Source: Apple
 Source: Apple
Source: Apple
4) Senang nak on/off.
Untuk aktiviti browsing, googling, reading journals/newspaper, blogwalking,  semasa menunggu customer, atau tunggu turn kat mana-mana, adalah sangat annoying untuk on lappy yang sangat la take time. Pastu nak connect broadband pulak kalau tempat tu tade wifi. Sebab tu la ramai orang pakai smartphone tak kira la Iphone or Android phone. Senang nak baca, check email on the go. TAPI, Saiz phone yang kecik merupakan masalah besar untuk aku. Aku tak rabun. Tapi kalau lama-lama baca especially baca journals yang tadek langsung gambar, penat giler mata. Macam dah baca 2-3jam walaupon baru baca 30minit. Kena plak nak tengok any tables or graphs lagi la annoying sebab asyik kena scroll. Bikin terbantut mood nak baca sampai habis. End up berFB. =p So, Ipad adalah the best solution untuk orang macam aku. Saiz dier macam notebook tapi lebih ringan. Yang penting senang nak on/off dan laju!!
So, macam mana. Nampak best kan. Hopefully entry ni dapat membantu korang untuk membuat pilihan terbaik.

 

Posted in Contest | 4 Comments

Android or Iphone

Hubby aku dah muak dengar aku bebel kejap-kejap nak beli Iphone esok lusa tukar nak beli android plak. Last-last apa pon tak beli. Mulut jek cakap nak beli tapi hati cakap nanti dulu. Yer la. Bukan seringgit dua benda ni. Kalau beli setakat nak tepon, berYM dan berFB je memang tak payah la dok mimpi nak beli smartphone ni. Buang karan jek kalau tak fully utilize. Owhh..tepon tak guna karan.

Aku tak pernah try Android phone. Setakat sekarang nih dok guna hubby nyer Iphone 4. So far aku suka sangat Iphone. Smooth jek. Tak macam PDA dolu-dolu yang aku pernah pakai. Buka banyak-banyak apps pon still Iphone tu dapat bekerja dengan jayanya. TAPI satu jek aku agak kureng berpuas hati dengan Iphone. Dan masalah yang sama semestinya untuk Android Phone. Saiz!!! (Dah nama pon phone sue. Kena la kecik. Kalau besar ko imagine sendri la macam mana ghupernyer kalau letak kat telinga. Flashback balik henpon dolu-dolu. Siap bleh isi air lagi–> tumbler bentuk henpon. Ingat lagi?? Kalau henpon camtu orang juai seringgit pon tadek orang nak beli kan)

So keperluan aku sekarang adalah gadget yang memudahkan aku untuk membaca di mana saja aku berada tanpa perlu mata aku menjadi penat. Yer la beb..Kalau ko nak baca journal yang banyak pages tu mau berpinar mata kalau baca guna Iphone. Memang la bleh besarkan. Tapi satu hal plak nak kena scroll selalu. Walaupon aku dah ada notebook tapi still tak rasa convenient. Sebab windows still take time nak booting. Kalau Iphone sekejap aje bahh kalau nak on.

So, disebabkan saiz yang tidak memnuhi spec dengan ini aku mengisytiharkan aku tidak akan beli Iphone or Android phone. So abang, lepas ni u takkan dengar I sebut pasal nak beli Iphone or kejap-kejap Android phone. Akhirnya notebook jugak setia di hati untuk aku buat semua benda.

Posted in Gadgets | Leave a comment

Resolusi 2011 No 1: Healthy lifestyle | Mengamalkan Gaya Hidup Sihat Cara Aku

Sejak aku tak fully breastfeed Ilham berat badan aku naik mendadak. Yer la.. Tabiat makan macam time tengah fully breastfeeding. Haruslah berat badan naik mencanak kan. Tambah plak dengan gaya hidup santai- tak exercise dan banyak buat kerja yang mengadap komputer. Dan yang paling penting aku sendiri rasa fitness aku sangat kureng. Cepat letih dan mengantuk. Lagi obvious kalau kena panjat tangga. Mengah babe..!

Bermula penghujung 2010 aku dengan beriyanya set few plan untuk menjayakan gaya hidup sihat ni.  Cumanya 2011 nak kena kuatkan lagi keazaman untuk part implementation sebab 2010 beberapa percubaan aku gagal. =p

1) Exercise secara konsisten
Beberapa plan seperti main badminton dengan incik suami setiap minggu sekurang-kurangnya sekali seminggu tidak menjadi kenyataan. Sebulan jek menjadi. Pastu terkubur macam tu aje for few reasons. Sebab paling besar-determination kurang, tak kuat dan tak cukup konkrit. Macam tu jugakla

Posted in Beauty Tips, Motivation | Leave a comment